Sakit Sendi (Arthritis) dan bagaimana ianya terjadi? Ada tak Suplimen Shaklee untuk masalah sakit sendi

Penyakit ini menyeksakan jutaan manusia di seluruh dunia. Arthritis adalah penyakit degeneratif (penyakit berkaitan penuaan) yang kronik dan berbeza daripada jenis sederhana sehingga ke tenat dan melemahkan. Arthritis didefinisikan sebagai radang pada satu atau lebih sendi dan gejalanya termasuk kemerahan, bengkak, keempukan, kekakuan, rasa sakit sakit dan kepanasan di kawasan terbabit. Ada lebih 100 jenis arthritis termasuk osteoarthritis, arthritis reumatoid, ankylosing spondylitis, lupus dan penyakit gout.

Arthritis paling biasa ialah osteoarthritis, yang berlaku apabila rawan yang menampan hujung tulang pada sendi kita lama-kelamaan merosot. Perkataan ‘Oste’/‘Osteo’ bermakna tulang dalam bahasa Yunani.


Osteoarthritis
----------------
Osteoarthritis (OA), juga dikenali sebagai osteoartroses atau penyakit sendi degeneratif, adalah jenis arthritis paling biasa. Osteoarthritis ialah keadaan yang kronik dan mencirikan kerosakan rawan sendi. Rawan ialah bahagian sendi yang melapisi dan menampan hujung tulang dan membolehkan kita menggerakkan sendi dengan senang.
Rawan sihat sangat kuat serta anjal dan membolehkan sendi bergerak dengan licin tanpa kesakitan. Namun apabila diserang osteoarthritis, rawan menjadi rosak dan beransur lusuh dan haus. Proses melusuh berterusan sehingga sedikit saja atau tiada lagi rawan tinggal pada sendi terbabit.
Ini menyebabkan tulang bergesel sesama tulang. Dalam keadaan sedemikian, sendi anda mungkin mengeluarkan bunyi ‘krik-krik’. Kesakitan dan kekakuan dirasai adalah perkara lazim bagi penyakit osteoarthritis yang berlanjutan.
Osteoarthritis lazimnya membabitkan sendi tertentu saja seperti pinggang, tangan, lutut, bawah belakang dan leher. Osteoarthritis berlaku lebih kerap apabila kita semakin berumur. Sebelum umur 45 tahun, osteoarthritis berlaku lebih kerap pada lelaki. Selepas umur 55 tahun, ia berlaku lebih kerap pada wanita.



Fakta Rawan
--------------
  • Rawan boleh dibina semula dan ditumbuhkan semula secara semula jadi. Namun, dalam penyakit osteoarthritis, rawan dimusnahkan lebih cepat daripada ia dibina semula.
  • Ramai yang menghidap osteoarthritis tidak mengambil khasiat untuk rawan mereka. Kita harus membekalkan nutrien perlu kepada badan supaya ia dapat membina rawan kuat dan anjal.
  • Mempunyai rawan kuat dan anjal adalah langkah pertama untuk mewujudkan sendi sihat. Justeru dengan sokongan nutrisi betul, penghidap osteoartritis dapat membina dan menumbuhkan semula rawan yang haus dan lusuh.


Sokongan Nutrisi untuk Osteoartritis
-------------------------------------------
  • Glukosamin dan kondroitin adalah dua sebatian nutrisi penting yang digunakan untuk rawatan osteoarthritis.
  • Glukosamin dan kondroitin adalah komponen semula jadi bagi tisu sendi yang sihat. Ia menjalankan tugasnya dengan membekalkan ramuan mentah semula jadi yang diperlukan rawan untuk membaiki dan membina semula dirinya dan juga menumpaskan enzim semula jadi yang merosakkan rawan itu pada mulanya.
  • Glukosamin ialah sejenis sebatian semula jadi yang didapati dalam rawan sihat. Glukosamin juga unsur biasa glycsoaminoglycans dalam matriks rawan dan cecair sinovial. Molekul ini digunakan dalam pembentukan dan pembaikan rawan.
  • Kondroitin adalah unsur glycsoaminoglycans paling banyak dalam rawan dan ia bertanggungjawab memberi kebingkasan kepada rawan. Ia bertindak sebagai ‘magnet air’. Keupayaan kondroitin memegang air memberi ketegasan kepada rawan dan bertindak sebagai ‘penyerap hentakan’.
  • Mengambil suplemen glukosamina membantu melegakan sakit sendi, membina semula rawan, meningkatkan keanjalan, melincirkan sendi, menggalakkan tisu sambungan yang sihat dan mengurangkan kekakuan.
  • Pada tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan suplemen glukosamin dan ekstrak Boswellia jauh lebih berkesan untuk merawat osteoarthritis sederhana hingga tenat berbanding ubat anti radang yang berkuasa (celecoxib), malah jika glukosamin atau kondroitin diambil secara berasingan dan bersendirian sekalipun.
  • Kajian terkini menunjukkan kondroitin sulfat mengganggu penyerapan Glukosamina yang biasanya sennag diserap.  
Shaklee menawarkan suplimen berasaskan sumber semulaadi dan berkualiti untuk membantu anda mengatasi masalah ketidakselesaan sendi. Jom baca info menarik di bawah atau klik di sini (nota penuh)














Redakan penderitaan anda dengan suplimen Shaklee Advanced Joint Health Tablet, Omega Guard & Ostematrix. Ternyata kelebihan suplimen Shaklee sentiasa Selamat, Mesra Alam, Semulajadi & Berkesan.

Testimoni akan dikongsikan next entri ^__^


Sekiranya anda berminat utk mendapatkan mana-mana Natural Vitamin/Produk Shaklee, bolehlah hubungi saya,





Siti Hajar [mamabusyra] 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 862681 ]
sms/whatsapp 012 4494611 | mamabusyra@gmail.com |

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...